5 tahun 6 bulan 15 minit kita bersama, tetapi semua itu hancur disebabkan salah faham. Kini ia menjadi penyesalan dalam hidup ku. Kita berdua bertengkar,seperti tiada orang lain yang melihat kita. Kebahagian kita hancur dalam satu malam, sedangkan kita membinanya selama 5 tahun.
Andainya aku melakukan kesalahan aku minta maaf, tiada niat ku untuk melukakan hati mu. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk diri mu namun semua itu hanya impian semata-mata. Ada yang lain lebih baik dari aku. Andai kau tahu apa yang ada dibenak fikiranku sekarang,mungkin kau akan menangis. Kerana hatiku tidak rela melepaskan mu, diri mu telah meninggalkan kesan yang mendalam jiwaku. Kesan itu ridak akan hilang hingga keakhir hayat ku. Biarlah ia menjadi lambang cinta kita yang tidak menjadi. Bagi ku jika kau bahagia, sudah memadai buat diriku, kerana kebahagianmu juga kebahagianku.
No comments:
Post a Comment