Popular Posts
-
januari Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.Rajin d...
-
aque dah mauk semula ke alam blog slps 3 thn lalu.....aque buang blong que.....x tauk pa yg jdi selepas nie d blong nie....arap2 jadi benda ...
Friday, 27 May 2011
November 24, 2010NaiLy Ybd
beringatlah
Tiada detik yang lebih bermakna ketika kita bersama insan yang kita sayang dan yang kita cintai. Contohnya keluarga,isteri,couple dan sesiapa saja yang kita rasa hadirnya dalam diri kita sangat bermakna. Kadang kita merasakan diri kita tidak lagi diperlukan, kita merasakan yang kita disisihkan. Bagaikan tiada yang ambil peduli tentang diri kita. Namun ketika diri kita diselubungi perasaan sebegitu masih ada insan yang ambil berat tentang diri yang hina ini. Tidak kira lah siapa.
Tiada seorang pun di muka bumi ini tidak melakukan kesilapan,mahupun kesilapan itu kecil ataupun besar sekalipun mesti seseorang itu melakukan kesilapan. Ada juga iaitu apabila ia melakukan kesilapan dia terus berputus asa dan berkata dalam dirinya tiada kemaafan ataupun peluang yang kedua buat dirinya. Kita mesti ingat setiap orang berhak mendapat peluang yang kedua, dengan itu dia dapat memperbetulkan kesilapan sebelum ini.
Kita mesti ingat bahawa kita ialah mahluk yang diciptakan oleh tuhan yang mempunyai 1001 kelemahan. Tidak dinafikan bahawa kita berusaha mengatasi kelemahan tersebut, namun kita mesti sentiasa beringat dalam kita mengatasi kelemahan tersebut jangan pernah mengatasi ketentuan yang ESA kerana kita semua ini miliknya yang mutlak. DIA yang berhak meminjamkan kita dan mengambil kembali apa yang dipinjamkan. Dunia semakin hari semakain tua dan semakin terseksa dengan pembangunan yang kita buat. Kita mencemari sungai ,menebang, membakar, memusnahkan alam yang indah ini.
Tiada lagi tumbuhan hijau menghiasi permukaan bumi ini yang tinggal hanya bangunan pencakar langit. Tidak terfikir kah ita apa yang akan jadi kepada generasi yang akan datand?! Takkan kita memberi tahu mereka tentang tumbuhan-tumbuhan yang pernah tumbuh melalui BUKU, VCD,DVD atau BLUE RAY. Mereka juga perlu merasakan apa yang kita rasa sekarang. Cuba fikir apa yang akan jadi 100 tahun akan datang jika pembangunan diteruskan tanpa sekatan. FLORA DAN FAUNA AKAN PUPUS! Fikirlah dan renungkan apa yang sedang berlaku dipesekitaran kita.
Banjir sana,banjir sini,tsunami sana,tsunami sini,gempa sana,gempa sini,meletup sana,meletup sini. Sudah jelas ini adalah kesan akibat perbuatan kita sendiri. Berhentilah mencipta senjata-senjata yang boleh memusnahkan alam yang kita cintai ini. Berhentilah memusnahkan flora dan fauna kalau tidak ia akan pupus.
Jika lau kita semua ingin lebih lama bersama yang kita sayang berhentilah memusnahkan alam ini sebelum terlambat. Kita sentiasa mendapat peluang kedua dari yang ESA, kita gunakan lah peluang itu sebaiknya sebelum DIA mengambil dunia ini daripada kita, ini kerana kita tidak pernah menghargai apa yang diberikan oleh NYA .
BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT
-NAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhuhhu... hoorey.. dapat sua aQ baca ko pnya blog....... salah la aQ baca kemaren tuh... hehehehhehe.. pa2 pun.. ada pningkatan
ReplyDelete